#GalaxyNote9 – Tangkap Gambar Swafoto Dengan Lebih Kreatif Melalui Penggunaan S-Pen

Diterbitkan pada Sep 27, 2018. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Galaxy Note merupakan salah satu siri telefon pintar yang terkenal dengan penawaran stylus terbina, dinamakan S-Pen. Pada Galaxy Note 9, Samsung menambah-baik penawaran mereka, dan menyertakan kebolehan menggunakan S-Pen sebagai alat kawalan untuk merakamkan gambar.

Samsung Galaxy Note 9

Dengan adanya ini, pengguna boleh mengawal rakaman gambar dengan lebih teratur, dan tidak lagi perlu terkejar-kejar dan berlari ketika ingin merakamkan gambar berkumpulan selepas menetapkan pelbagai posisi untuk merakamkan gambar.

Pada S-Pen, pengguna boleh tekan sekali pada butangnya, dan ia akan merakamkan gambar. Pengguna juga boleh dwi-tap pada butang S-Pen untuk mengubah dari kamera hadapan ke belakang dan sebaliknya.

Samsung Galaxy Note 9

Dengan penawaran ini, ia sekaligus memudahkan lagi pengguna dalam merakamkan gambar secara perseorangan atau berkumpulan.

Bagi anda yang sering merakamkan pelbagai gambar setiap hari, Galaxy Note 9 semestinya suatu pilihan yang baik bagi anda. Telefon pintar ini boleh didapati pada harga serendah RM3699 hari ini melalui pelbagai pengedar rasmi Samsung seluruh negara.

Ini adalah advertorial daripada Samsung.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami