Pelancaran Google Pixel 3 dan Pixel 3 XL kurang dari 3 minggu lagi. Semakin banyak produk yang akan di lancarkan pada acara Made By Google 9 Oktober kelak tertiris. Kini, iklan pemasaran Google Pixel 3 pula tertiris. Memfokuskan kepada ciri-ciri menarik.
Dari apa yang ada dalam kandungan video iklan ini, Google memfokuskan padanan muzik automatik, sisi yang boleh dipicit, always-on-display dan juga ciri-ciri dan fungsi menarik dalam Android 9.0 Pie. Terdapat juga ura-ura mengatakan Google akan mengejek iPhone dalam video penuh iklan ini kelak.
Apa-apa pun sama-sama kita nantikan pelancarannya kelak.