Carian
Facebook Messenger Baharu Hadir Secara Berperingkat – Kini Sokong Tema Gelap
September 28, 2018 Fahim Zahar

Sokongan tema gelap pada sesuatu aplikasi adalah satu perkara yang digemari ramai. Kerana ia memudahkan pengguna melihat jika menggunakan aplikasi pada waktu malam atau di suasan yang gelap. Facebook kini ingin mengikuti jejak langkah Twitter dan Google dengan kehadiran Facebook Messenger baharu yang menyokong tema gelap.

Selain daripada tema gelap, aplikasi Facebook Messenger ini juga menerima kemaskini rekaan antaramuka yang lebih kemas dan dan kelihatan cantik. Rekaannya lebih ke arah gaya iOS dan sedikit mirip Material Design.

Kemaskini ini hadir secara berperingkat  buat pengguna Android dan akan lebih meluas dalam masa aakan datang. Bagi pengguna iOS masih tiada lagi maklumat.

Komen