Android Message dan YouTube sudah pun mempunyai sokongan tema gelap. Google kini dilihat sedang menguji tema gelap untuk Google Phone pula. Google Phone adalah aplikasi menjawab/membuat panggilan telefon bagi peranti Nexus,Pixel atau Android One. Aplikasi ini dilihat mempunyai sokongan tema gelap.
Walau bagaimanapun, sokongan tema gelap ini disorok. Ia hadir dalam Google Phone v24 Beta dan hanya boleh diaktifkan dengan sedikit kerja pengkodan dan dengan modul magisk. Google mungkin akan perkenalkannya apabila fungsi tema gelap ini sudah stabil.
- Muat Turun: Fail .APK Google Phone Beta Terkini Di Sini