Xiaomi bukan lagi terkenal sebagai syarikat yang menghasilkan gajet. Mereka kini terkenal dengan melancarkan pelbagai produk serbaguna. Salah satu contoh adalah bagasi. Sebelum ini, Xiaomi pernah lancarkan bagasi pintar. Terkini, Xiaomi melancarkan Mi Bunny Trolley Suitcase – iaitu bagasi khusus untuk kanak-kanak.
Mi Bunny Trolley Suitcase ini hadir dengan saiz 17-inci dengan berat hanya 2.9KG. Mempunyai kapasiti 26L, ruang storan yang memudahkan kanak-kanak serta mampu memuatkan pakaian harian kanak-kanak selama 7 hari atau pakaian musim sejuk untuk 3 hari.
Bagasi ini turut hadir dengan rod pemegang boleh laras sehingga 100mm yang diperbuat daripada aluminium. Kemudian, bahan binaan bagasi ini pula adalah daripada PC German Bayer. Untuk menceriakan kanak-kanak, Xiaomi turut menyertakan pelekat kalis air dan tahan lasak yang boleh diguna semula (lekat-dan-cabut) berulang kali.
Bagasi ini dijual pada harga hanya RMB349 (~RM210) dengan pilihan warna merah jambu, putih dan biru laut.