Cari @ Amanz

Microsoft sebelum ini telah mengumumkan yang mana Skype “Classic” atau Skype 7.0 akan berhenti berfungsi pada desktop selepas bulan September 2018. Walaubagaimanapun, ramai pengguna yang masih aktif menggunakannya, dan meminta Microsoft meneruskan sokongan untuk versi berkenaan.

Skype 8.0

Lanjutan daripadanya, Microsoft telah menangguhkan penamatan sokongan untuk Skype 7.0, dan hari ini mengumumkan yang mana versi berkenaan akan ditamatkan sokongan pada 1 November 2018 kelak.

Dengan penamatan sokongan ini, ia sekaligus akan memerlukan semua pengguna menaik-taraf kepada Skype 8.0 yang menawarkan rekaan lebih moden berbanding rekaan lama yang mungkin selari dengan ramai pengguna. Peralihan ini juga dikatakan penting kerana ia akan memudahkan penambah-baikkan serta pengenalan ciri baru dengan lebih pantas kepada pengguna berbanding versi lama.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd