Huawei Malaysia hari ini telah membawa masuk satu lagi variasi warna baru untuk telefon pintar Huawei Nova 3, iaitu dalam pilihan warna emas – atau turut dikenali dengan nama Huawei Nova 3 Primrose Gold.
Huawei Nova 3 merupakan telefon berspesifikasi tinggi dibawah siri Nova. Ia hadir dengan skrin bertakuk 6.3-inci, dijana cip berkuasa Kirin 970, memori 6GB RAM, dan storan 128GB. Melengkapkan ia juga adalah kamera belakang 16MP + 24MP, dan kamera swafoto 24MP + 2MP. Ia turut dijana bateri berkapasiti 3750mAh.
Bagi anda yang berminat dengan telefon pintar Nova 3, dan ingin mendapatkannya dalam pilihan warna emas, kini anda boleh mendapatkannya di Malaysia pada harga RM1919.