Pada ura-ura awal, bateri OnePlus 6 dikatakan adalah rekaan dwi-sel seakan iPhone X. Maklumat yang tertiris itu mengatakan rekaan bateri dwi-sel OnePlus 6T adalah daripada dua bateri berkapasiti 1850mAh. Terkini, tertiris adalah imej bateri OnePlus 6T yang hanya menunjukkan rekaan bateri biasa.
Walaupun rekaan bateri ini kelihatan biasa-biasa sahaja, ia masih 3700mAh. Ini adalah satu perkara yang menarik. Bateri 3700mAh untuk sesebuah peranti mercu Android sudah memadai dan pasti tiada masalah mencapai 6 Jam SOT ke atas.
Untuk mengetahui kebenaran mengenai kapasiti bateri OnePlus 6T ini, sama-sama kita nantikan pada waktu pelancarannya yang dikatakan adalah pada 17 Oktober kelak.