Fon Kepala Razer Nari Dilancarkan Dengan Sistem Haptik HyperSense

Fon Kepala Razer Nari Dilancarkan Dengan Sistem Haptik HyperSense

Diterbitkan pada Sep 28, 2018 oleh .

Apakah yang paling penting dalam sesi permainan video anda? Bagi peranti input dengan kejituan yang tinggi dan sistem audio yang mantap akan membuatkannya lebih menarik. Bagi mereka yang mencari fon kepala dengan fungsi unik, Razer Nari telah dilancarkan dengan sokongan timbal balas haptik HyperSense.

Tiga model dilancarkan iaitu Nari, Nari Essential dan Nari Ultimate. Hanya Nari Ultimate mempunyai sokongan Razer Hypersense yang membolehkan peluru yang realistik. Ketiga-tiga model mempunyai sokongan nirwayar bluetooth, audio THX Spatial dan juga mikrofon terbina. Hayat bateri pula boleh mencecah 24 jam.

Nari Essential dan Ultimate turut hadir dengan sokongan lampu Razer Chroma. Pada waktu yang sama ketiga-tiga model turut boleh disambung menggunakan wayar menerusi port USB dan bicu audio 3.5mm. Razer Nari boleh digunakan pada PC, Mac, PlayStation, Xbox, Switch dan telefon pintar.

Bagi yang berminat Razer Nari dijual pada harga $99.99 (~RM 414), Nari Essential pada harga $149.99 (~RM 621) dan akhir sekali Nari Ultimate pada harga $199.99 (~RM 828).


TIPS & ULASAN