Cari @ Amanz

Gambar Razer Phone 2 Tertiris – Dwi-Kamera Hadapan Dan Belakang

Oleh Aman

Link Copied!

Razer telah hadir dengan telefon pintar pertama mereka pada penghujung tahun lepas, dan kini mereka dilihat bakal memperkenalkan Razer Phone 2 pada bulan Oktober ini.

Selari dengannya, hari ini @evleaks berkongsi sebuah gambar yang dilihat seumpama Razer Phone 2. Melalui apa yang dapat dilihat secara kasar, ia menyertakan dwi-kamera hadapan, dan juga dwi-kamera di belakang.

Razer Phone 2

Sebelum ini, Razer Phone telah hadir dengan skrin 120Hz, dan ia dijangka diteruskan melalui telefon pintar terbaru Razer ini, selain sokongan audio stereo.

Razer Phone 2 dijangka dilancarkan pada 10 Oktober ini, dimana kita akan dapat melihat dan mendengar lanjut mengenainya ketika itu.


Komen ()