Facebook memperlihatkan peranti realiti maya kendiri terkini mereka Oculus Quest dua hari lalu. Ia unik berbanding Oculus Go kerana mempunyai kemampuan pergerakan 6 DoF di dalam dunia maya. Bagi menghasilkan kandungan untuk Quest, kamera RED Manifold turut telah diperlihatkan.
RED Manifold merakam kandungan 360 darjah menerusi 16 sensor RED Helium 8K dengan lensa mata ikan Schneider 8mm f/4.0. Kamera hasil kerjasama RED dan Facebook ini kali pertama diumumkan pada Mei yang lalu ketika acara F8. Dengan Manifold penonton boleh bergerak di dalam filem yang ditonton dan konsert yang distrim menerusi Oculus Quest. Dengan adanya kandungan Manifold, lebih banyak kandungan realiti maya yang imersif dapat dihasilkan.