Ini Adalah Senarai Peranti Xiaomi Yang Akan Rosak Jika Global ROM Dipasang

Ini Adalah Senarai Peranti Xiaomi Yang Akan Rosak Jika Global ROM Dipasang

Diterbitkan pada Sep 28, 2018 oleh .

Dua minggu lalu, kami laporkan di mana Xiaomi mula menghalang pengguna flash ROM global pada peranti Xiaomi set China. Apabila pengguna flash ROM global pada peranti set China, peranti tersebut akan brick dan tidak boleh digunakan. Tetapi sewaktu kami laporkan hal ini, tiada senarai peranti mana yang boleh atau tidak – jadi, berikut adalah senarainya;

  • Xiaomi Mi 6X (“wayne”)
  • Xiaomi Mi 8 (“dipper”)
  • Xiaomi Mi 8 EE (“ursa”)
  • Xiaomi Mi 8 SE (“sirius”)
  • Xiaomi Mi 8 Lite (“platina”)
  • Xiaomi Mi 8 Pro (“equuleus”)
  • Xiaomi Mi Max 3 (“nitrogen”)
  • Xiaomi Mi Mix 2S (“polaris”)
  • Xiaomi Mi Pad 4/Mi Pad 4 Plus (“clover”)
  • Xiaomi Poco F1/Pocophone F1 (“beryllium”)
  • Xiaomi Redmi Note 5A (“ugg”)
  • Xiaomi Redmi Y1 Lite (“ugglite”)
  • Xiaomi Redmi Y2/Redmi S2 (“ysl”)
  • Xiaomi Redmi 5 (“rosy”)
  • Xiaomi Redmi 5A (“riva”)
  • Xiaomi Redmi 6 (“cereus”)
  • Xiaomi Redmi 6A (“cactus”)
  • Xiaomi Redmi 6 Pro (“sakura” and “sakura_india”)
  • Xiaomi Redmi Note 5/Redmi 5 Plus (“vince”)
  • Xiaomi Redmi Note 5 Pro/Redmi Note 5 AI (“whyred”)
  • Xiaomi Redmi Note 6 Pro (“tulip”)

Selain itu, peranti set global pula tidak boleh diflash kepada ROM China. Jika anda secara tidak sengaja flash ROM yang tidak sepatutnya, anda hanya perlu flash ROM melalui TWRP, fastboot, atau dengan perisian MiFlash. Tetapi pastikan di dalam perisian tersebut anda tandakan “flash_all” dan bukannya “flash_all_lock”.

Xiaomi EIN

Misal kata peranti anda sudah pun brick dek kerana ROM yang salah diflash – hanya mod EDL sahaja langkah akhir. Akan tetapi, mod EDL sudah dikunci oleh Xiaomi dan hanya akaun tertentu sahaja mempunyai akses.

Nampaknya, kali ini cara terbaik untuk miliki peranti Xiaomi adalah beli set rasmi Malaysia atau beli set international yang warantinya dijaga oleh penjual.


TIPS & ULASAN