Xiaomi Mi Mix 3 Dan Xiaomi LEX Mungkin Akan Hadir Dengan Butang Fizikal Pembantu Maya

Xiaomi Mi Mix 3 Dan Xiaomi LEX Mungkin Akan Hadir Dengan Butang Fizikal Pembantu Maya

Diterbitkan pada Sep 28, 2018 oleh .

Pada penghujung bulan Ogos, Presiden Xiaomi mengacah gambar peranti yang dikatakan adalah Mi Mix 3. Ia hadir dengan rekaan kamera boleh luncur seperti Oppo Find X. Kini, tertiris adalah peranti baru Xiaomi ini dikatakan bakal hadir dengan butang fizikal pembantu maya.

Ini adalah seperti Samsung Galaxy S8, Note 8, S9, atau Note 9 dengan butang Bixby dan LG G7 ThinQ dengan butang khusus untuk Google Assistant. Akan tetapi, sedikit mengejutkan – butang fizikal ini dikatakan bukan sahaja akan hadir pada Mi Mix 3, tetapi juga pada Mi LEX. Belum pernah lagi kita kedengaran peranti dengan model LEX ini. Apakah ia, masih menjadi tanda tanya.

Tetapi, maklumat yang ditiris oleh Antutu di China ini mengatakan butang fizikal pada Xiaomi Mi Mix 3 dan Xiaomi LEX ini akan mengaktifkan Xiao AI untuk pasaran China. Jadi, secara teorinya jika ia memasuki pasaran tempatan butang ini mungkin akan mengaktifkan Google Assistant. Atau dengan harapan ia boleh diubahsuai untuk mengaktifkan apa-apa aplikasi.


TIPS & ULASAN