Rice Bowl Startup Awards Mengiktiraf Perusahaan Rintisan (Startup) Pada Inovasi Teknologi

Rice Bowl Startup Awards Mengiktiraf Perusahaan Rintisan (Startup) Pada Inovasi Teknologi

Diterbitkan pada Sep 29, 2018 oleh .

Bersempena penganjuran kali keempat, Malaysia Rice Bowl Startup Awards kini kembali sebagai platform yang mengiktiraf perusahaan rintisan Malaysia menerusi kepelbagaian teknologi digital.

Rice Bowl Awards 2018

Apa yang menarik, menerusi platform ini mereka memberikan perhargaan kepada usahawan teknologi dalam pelbagai kategori kecemerlangan seperti peruncitan, media, digital, teknologi, perkhidmatan dan kempen-kempen inovatif sehinggalah kepada wanita dan perusahaan sosial.

Selaku penganjur, Ketua Pegawai Eksekutif myNEF – Lilyana Abdul Latiff New Entrepreneurs Foundation percaya melalui platform ini perniagaan akan dapat berkembang pantas dan mapan apabila ia memanfaatkan teknologi dan pengetahuan. Platform ini bermanfaat kepada ekosistem perusahaan rintisan Malaysia dan juga ASEAN kerana ia menghubungkan Komuniti Ekonomi ASEAN. Alternatif ini dapat memperkukuhkan ekonomi setempat dan syarikat yang sedang berkembang.

Kehormat yang hadir, YB Tuan Gobind Singh Deo – Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan perusahaan rintisan mampu menjadi penyumbang utama dalam pembangunan negara. Hal ini dapat dilihat pada perubahan positif pengeluaran kasar negara dan secara tidak langsung membuka peluang pekerjaan kepada generasi baru.

Pengiktirafan Rice Bowl Startup Awards turut memperlihatkan hampir 50 pencalonan bagi kategori Founder of the Year, dan lebih 70 pencalonan dalam kategori Startup of the Year . Secara tidak langsung membuktikan kejayaan program ini pada aspek pelaburan pembangunan oleh kerajaan Malaysia bersama sokongan sektor swasta dan inisiatif-inisiatif pihak lain.

Pemenang RiceBowl 2018


TIPS & ULASAN