RED Hydrogen One Titanium Diberikan Percuma Kepada Pelanggan Pra-Tempahan Kerana Masalah Kelewatan
RED

RED Hydrogen One Titanium Diberikan Percuma Kepada Pelanggan Pra-Tempahan Kerana Masalah Kelewatan

Diterbitkan pada Sep 28, 2018 oleh .

Sudah lebih setahun pra-tempahan telefon pintar RED Hydrogen One dibuka. Ia akan hanya tiba ke tangan pelanggan pada bulan Oktober selepas beberapa kali ditangguhkan. Namun pelanggan yang menempaj RED Hydrogen One Titanium yang mempunyai spesifikasi tertinggi, mereka perlu menunggu lebih lama kerana masalah kualiti peranti awal yang dihasilkan.

Sebagai tanda meminta maaf, RED akan memberikan Hydrogen One Titanium secara percuma kepada pelanggan ini. Pada waktu yang sama Hydrogen One versi aluminium akan diberikan kepada mereka terlebih dahulu sebelum versi logam titanium ini dihantar. Pelanggan tidak perlu menghantar kembali peranti versi aluminium yang telah diterima. Dengan ini RED berharap kegagalan mereka menepati janji akan dapat dimaafkan.


TIPS & ULASAN