Ramai lebih gemar menggunakan telefon pintar untuk mengambil gambar kerana ia boleh disunting terus menggunakan aplikasi. Kamera digital mampu mengambil gambar yang lebih baik tapi ia perlu dipindahkan terlebih dahulu ke komputer atau peranti. Masalah ini tidak akan berlaku kepada pemilik ZEISS ZX1.
Kamera digital ini hadir dengan aplikasi Adobe Photoshop Lightroom CC terbina memudahkan gambar disunting terus dari dalam kamera. Ia dilengkapi sensor 37.4-Megapixel bingkai penuh dengan julat ISO 80-51200 dan lensa Zeiss Distagon 35mm f/2 T*.
Pada bahagian belakang terdapat skrin LCD 4.3″ dengan sokongan sesentuh dan juga pemidang titik sebesar 0.7″. Ratusan ribu gambar boleh diambil menggunakan ZX1 kerana storan sebesar 512GB. Sebuah bateri 3190mAh membekalkan kuasa dan dicaj menggunakan USB-C. ZEISS ZX1 akan hanya dijual pada tahun 2019 tetapi harga masih belum diumumkan.