Bertrilion gambar boleh dicari menggunakan Google Images. Tetapi tidak semua gambar ini boleh digunakan dengan bebas tanpa memberikan kredit kepada pemilik. Oleh itu masalah penggunaan gambar yang ditemui di Google tanpa kebenaran kerap kali menyebabkan pemilik karya mengambil tindakan saman.
Mulai hari ini, Google Images mula memaparkan maklumat pemilik gambar, pada setiap imej yang terpapar pada enjin carian. Ini akan dilakukan secara berperingkat dan kelak maklumat mengenai penggunaan hak cipta akan turut disertakan.
Untuk memberikan maklumat yang tepat, Google bekerjasama dengan CEPIC (CEnter of the PICture) dan IPTC (International Press Telecommunications Council). Selepas ini tiada lagi alasan menggunakan gambar yang ditemui tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran pemilik.