Baru semalam Juho Sarvikas mengatakan kemaskini Android Pie untuk Nokia 7 Plus akan mengalami kelewatan. Pelbagai pepijat ditemui menyebabkan ia tidak sesuai diberikan kepada pengguna. Hari ini secara mengejut beliau mengumumkan kemaskini ini mula diberikan kepada peranti secara berperingkat.
Everybody wants a piece of the Pie! We are starting roll out of Android™ 9 on #Nokia7Plus. Which of its delicious new features is your favorite? ? #Nokiamobile pic.twitter.com/whiZlZPLTP
— Juho Sarvikas (@sarvikas) September 28, 2018
Peranti yang tidak terikat kepada syarikat telekomunikasi akan menerima kemaskini terlebih dahulu. Antara fungsi baharu yang hadir dengan Android Pie ialah antaramuka yang lebih menarik serta fungsi adaptive battery. Peranti Nokia dengan pantas dapat menerima kemaskini sistem operasi kerana menggunakan Android One yang tidak diubah dengan pelancar pihak ketiga. Adakah pemilik Nokia 7 Plus dikalangan pembaca Amanz yang telah menerima Pie?