Cari @ Amanz

Dengan Galaxy Note 9, Samsung memperkenalkan sistem Smart Optimiser yang menganalisa objek sebelum memberikan tetapan terbaik untuk mengambil gambar. Phablet ini pada hemat kami mempunyai kemampuan kamera terbaik pada peranti keluaran Samsung. Hari ini Galaxy Note 9 mula menerima kemaskini yang meningkatkan lagi kemampuan kamera.

Menurut log perubahan yang disertakan, kualiti kamera dipertingkatkan. Keterangan wajah yang diambil dengan cahaya pada bahagian belakang turut dibaiki bersama dengan sistem HDR pada waktu siang serta malam. Akhir sekali keterangan gambar dalam situasi pencahayaan yang rendah turut ditambah baik dengan pengurangan kekaburan. Turut diberikan ialah tampalan sekuriti bulan September serta membuang pepijat bagi melancarkan operasi peranti.  Saiz kemaskini ini adalah sebesar 302 MB.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd