Cari @ Amanz

Samsung ketika pengenalan Galaxy Note 9 tempoh hari, turut telah memperkenalkan jam tangan pintar terbaru mereka yang dinamakan Samsung Galaxy Watch. Kini, Samsung Malaysia turut telah mengumumkan penawaran jam tangan pintar berkenaan untuk pasaran tempatan.

Samsung Galaxy Watch hadir dalam dua variasi, iaitu 46mm dan juga 42mm. Samsung Galaxy Watch menggunakan rekaan muka jam bulat, dilengkapi skrin sentuh dan menawarkan sokongan kalis air supaya boleh digunakan ketika berenang.

Samsung mengatakan Galaxy Watch menawarkan masa penggunaan sehingga lebih 80 jam lamanya. Seperti biasa, pengguna boleh menghubungkan jam tangan pintar terus ke telefon pintar dan mengikuti pelbagai notifikasi terus ke Galaxy Watch.

Galaxy Watch akan ditawarkan bermula 5 Oktober 2018, dimana pra-tempahan akan dibuka antara 1 hingga 4 Oktober 2018 kelak. Pengguna yang membuat pra-tempahan juga akan menerima tali jam tambahan bernilai RM109.

Di Malaysia, Galaxy Watch akan ditawarkan pada harga RM1199 untuk model 42mm, sementara versi 46mm pula ditawarkan pada harga RM1299.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd