ViewSonic Melancarkan Projektor Mudah Alih M1 Dan Projektor 4K UHD PX747-4K

ViewSonic Melancarkan Projektor Mudah Alih M1 Dan Projektor 4K UHD PX747-4K

Diterbitkan pada Sep 28, 2018 oleh .

Projektor adalah satu paparan tanpa skrin. Ia memancarkan cahaya yang mengandungi kandungan daripada sesebuah peranti. Baru-baru ini, ViewSonic telah melancarkan dua projektor baru yang agak menarik. Satu yang sangat mudah alih dengan sokongan pembesar suara dari harmon/kardon dan satu projektor beresolusi 4K UHD.

ViewSonic M1

ViewSonic M1 adalah projektor mudah alih. Ia bersaiz kecil dan mudah dibawa ke mana-mana sahaja. Ia hadir dengan kaki terbina, jadi pengguna tidak lagi memerlukan tripod atau mencari alas untuk melaras sudut. Kemudian, projektornya boleh dipusing pada 360° darjah untuk memudahkan projektor di pancar pada pelbagai sudut. Disebabkan ia adalah mudah alih, ia mempunyai bateri terbina yang boleh bertahan sehingga 6 jam. Untuk memuaskan lagi pengalaman penggunaan, pembesar suara projektor ini dikuasakan dengan dua pembesar suara dari harmon/kardon.

Terdapat juga port USB-C untuk disambungkan pada peranti Android atau paparan atau juga komputer riba yang menyokong sambungan paparan melalui USB-C. Port HDMI biasa turut hadir bersama-sama dengan slot kad mikroSD untuk hiburan luar talian. Tidak jelas mengenai resolusi yang disokong. Tetapi ViewSonic mencadangkan projektor ini diletakkan pada jarak antara 1.6M sehingga 2.6M untuk saiz pancaran 60-inci sehingga 100-inci.

ViewSonic M1 dijual pada harga RM1,349 sahaja untuk pasaran tempatan.


ViewSonic PX747-4K

Untuk projektor dengan resolusi 4K UHD terbaru dari ViewSonic pula adalah projektor PX747-4K. Projektor ini memfokuskan pada paparan 4K UHD yang lebih terang berbanding pesaing. PC747-4K mempunyai kecerahan pada 3,500 ANSI lumens dan mempunyai 8.3 juta pixel clarity. Untuk menjadikan pengalaman menonton perlawanan bola sepak atau filem aksi yang hebat, projektor ini menyokong format HDR.

Menurut ViewSonic, sistem pemproses imej yang digunakan adalah SuperColor True-to-Life Color. Di mana warna yang dihasilkan adalah hampir dengan apa yang mata melihat dunia realiti. Projektor ini menggunakan port HDMI 2.0 dan juga menyokong sambungan secara terus buat Chromecast atau Amazon FireTV.

Jika berminat untuk memilikinya, ViewSonic PX747-4K dijual secara rasmi di Malaysia pada harga hanya RM5,999.


TIPS & ULASAN