Spotify Mula Memerangi Pengguna Bukan Sekeluarga Yang Melanggan Spotify Family

Spotify Mula Memerangi Pengguna Bukan Sekeluarga Yang Melanggan Spotify Family

Diterbitkan pada Sep 28, 2018 oleh .

Spotify sedia menawarkan langganan individu pada harga RM14.90, tetapi pada masa yang sama turut menawarkan pilihan langganan pelan keluarga Spotify Family yang membolehkan pengguna melanggan pakej berkelompok pada harga lebih rendah.

Penawaran ini membolehkan setiap pengguna mempunyai akaun Spotify Premium tersendiri – tetapi pada harga yang lebih rendah berbanding melanggannya secara perseorangan. Ini sekaligus membuatkan ramai pengguna yang melanggan pakej Spotify Family – walaupun mereka bukan sekeluarga, atau tinggal bersama.

Spotify

Kini, untuk mengatasi masalah ini, Spotify telah mula mengambil tindakan terhadap hal ini. Beberapa pengguna telah mula menerima emel yang meminta pengguna Spotify Family untuk memasukkan alamat rumah sebelum dapat terus mendengar lagu melalui Spotify. Pengguna yang gagal memasukkan dan mengesahkan alamat dilihat mungkin kehilangan akses kepada langganan mereka.

Hal ini mencetuskan pelbagai persoalan dikalangan pengguna – termasuk ada yang mempersoalkan hal privasi kerana Spotify meminta data berkenaan. Pada masa yang sama, walaupun ia mungkin disalah-guna oleh sejumlah rakan-rakan dalam berjimat – boleh dikatakan juga terdapat beberapa ahli keluarga bersama yang tinggal di rumah berbeza.

Buat masa ini, hanya segelintir pengguna terlibat dengan ujian pengesahan baru ini. Kita mungkin melihat kaedah lain turut digunakan oleh Spotify untuk mengelak pengguna melanggan Spotify Family secara tidak sah – dan menjana lebih pendapatan melalui pakej Spotify Premium biasa.


TIPS & ULASAN