Carian
Lebih 50 Juta Akaun Facebook Terjejas Disebabkan Kerentanan Sekuriti
September 29, 2018 Aman

Laman sosial terkemuka dunia, iaitu Facebook kini dilihat telah melog-keluar sekitar 90 juta akaun pengguna seluruh dunia, sebagai langkah sekuriti berjaga-jaga dan mengelak sebarang serangan sekuriti.

Mark Zuckerberg mengatakan pada hari Selasa lepas, mereka telah mendapati pengodam menggunakan kerentanan teknikal untuk mencuri token akses yang memberikan mereka kebolehan untuk log masuk ke sekitar 50 juta akaun pengguna. Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada akses ini telah disalah-guna atau sebaliknya.

Sebagai langkah berjaga-jaga, Facebook telah log keluar 50 juta akaun yang terjejas ini – dan memerlukan mereka log masuk ke akaun mereka kembali.

Pada masa yang sama, Facebook mengatakan mereka turut akan nyah-aktifkan ciri “View As” yang terdapat pada profil pengguna yang menjadi salah satu sebab utama untuk kerentanan sekuriti ini. Melalui ciri ini, ia memberikan akses kepada pengguna untuk melihat profil mereka dari segi perspektif pengguna lain.

Facebook mengatakan mereka turut akan log-keluar 40 juta akaun pengguna lain sebagai tambahan – terutamanya yang pernah menggunakan ciri berkenaan.

Facebook mengatakan mereka telah mengatasi kerentanan berkenaan buat masa ini, dan akan memaparkan notifikasi pada akaun-akaun pengguna yang terjejas.

Komen