Cari @ Amanz

Telegram merupakan salah satu aplikasi permesejan popular yang turut menjadi alternatif untuk aplikasi WhatsApp. Hari ini, pembangunnya telah pun melancarkan aplikasi versi baru untuk pengguna iPhone dan iPad, iaitu Telegram 5.0.

Telegram 5.0 ini hadir dibangunkan berasaskan kod pengaturcaraan Swift, sekaligus lebih dioptimasikan untuk peranti iOS. Secara tidak langsung, ia turut berfungsi dengan lebih pantas dan lebih menjimatkan bateri.

Untuk makluman, pihak Telegram telah menguji aplikasi ini dalam bentuk Telegram X sejak beberapa bulan lepas, dan kini ia akhirnya dilancarkan kepada semua pengguna melalui aplikasi utama mereka.

Bagi anda yang menggunakan Telegram pada iOS, boleh mengemaskini aplikasi anda hari ini, dan menikmati pelbagai ciri-ciri baru yang disertakan ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd