Cari @ Amanz

Dalam usaha Google kekal sebagai enjin carian utama, mereka sedia membuat pembayaran pada beberapa pihak – termasuk Apple. Terkini, menurut salah seorang penganalisa, Google dijangka membuat pembayaran sekitar $9 bilion (~RM37.25 bilion) kepada Apple untuk mengekalkan Google sebagai enjin carian utama pada Safari di iPhone.

Seperti ramai sedia maklum, pada hari ini, Google merupakan enjin carian utama pada pelayar web Safari yang hadir pada iPhone. Namun, pengguna masih diberikan pilihan untuk mengubahnya.

Pengguna yang tidak inginkan enjin carian Google turut boleh melakukan perubahan pada halaman tetapan pada peranti mereka, dan memilih pilihan lain seperti Yahoo!, Bing dan juga DuckDuckGo. Walaubagaimanapun, dengan kualiti hasil carian yang ditawarkan oleh Google, mungkin ramai pengguna Apple tidak kisah akan perkara ini.

Menurut penganalisa sama, Google dijangka membayar sekitar $12 bilion kepada Apple pada 2019 kelak.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd