Pixel Experience Kini Hadir Untuk Pocophone F1

Pixel Experience Kini Hadir Untuk Pocophone F1

Diterbitkan pada Sep 30, 2018 oleh .

Pixel Experience adalah custom ROM berasaskan AOSP. Ia dibangunkan agar pengguna dapat merasakan pengalaman penggunaan Android asli Pixel pada peranti lain. Pixel Experience kini hadir untuk Pocophone F1.

Pocophone F1 atau Poco F1 adalah peranti dari sub-jenama Xiaomi. Ia dikuasakan dengan cip peranti mercu – Snapdragon 845, tetapi dijual pada harga yang sangat mampu milik. Ini bermakna, prestasi Poco F1 adalah setanding dengan peranti mercu lain seperti OnePlus 6 atau Samsung Galaxy Note 9.

Dengan kehadiran custom ROM ini – pengalaman menggunakan sebuah ‘Pixel’ dengan Snapdragon 845 dapat dirasai. Mengikut pembangun hanya kamera IR sahaja yang tidak berfungsi dan lain-lain adalah stabil dan boleh digunakan sebagai ROM harian.

Seperti biasa, bootloader perlu dinyahkunci dan mod pemulihan TWRP perlu dipasang terlebih dahulu. Muat turun ROM dan pasang. Disebabkan ia adalah ROM ‘Pixel’, GApps telah pun terbina sekali.

Muat Turun: Custom ROM Pixel Experience Untuk Poco F1 Di Sini


TIPS & ULASAN