Elon Musk Meletak Jawatan Sebagai Pengerusi Tesla Selepas Didenda SEC

Elon Musk Meletak Jawatan Sebagai Pengerusi Tesla Selepas Didenda SEC

Diterbitkan pada Sep 30, 2018 oleh .

Elon Musk pagi ini telah meletakkan jawatan sebagai pengerusi Tesla. Peletakan jawatan ini ialah sebahagian daripada persetujuan selepas beliau membayar denda sebanyak $20 juta (~RM 83 juta) kepada Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) Amerika Syarikat kerana kesalahan menghantar kicauan mengatakan Tesla akan kembali kepada pemilikan peribadi. Beliau walau bagaimanapun kekal sebagai ketua pegawai eksekutif.

SEC mendapati kicauan tersebut adalah tidak benar sama sekali dan boleh dikatakan menipu para pemegang saham. Selain Musk, Tesla turut didenda $20 juta atas kesalahan yang sama. Syarikat kini perlu melantik pengerusi baru kerana Musk akan dihalang dari memegang jawatan ini selama tiga tahun. Selepas berita Tesla di bawah siasatan SEC minggu lalu, saham syarikat menurun sebanyak 14%. Sungguhpun Musk didenda $20 juta, ini ialah jumlah yang kecil jika dibandingkan dengan penangan saham beliau yang bernilai 8.9 bilion.


TIPS & ULASAN