Carian
Peratusan Penggunaan Android Oreo Kini 19.2% Tetapi Pie Masih Tidak Kelihatan
September 30, 2018 Effi Saharudin

Sudah hampir dua bulan Android Pie diumumkan dan kemaskini diterima peranti Pixel. Bagaimana pula dengan peranti pengeluar lain? Menurut angka terkini yang dikongsi oleh Google, ia masih di bawah 0.1% dan tidak muncul di dalam senarai. Peratusan Android Oreo kini melonjak ke 19.2% dari 15% pada bulan Ogos

Sistem operasi dengan peratusan terbesar adalah Nougat (29.3%) diikuti oleh Marshmallow (21.6%), Oreo (19.2%) dan Lollipop (18.3%).Ini ialah kali pertama Oreo ditangga ketiga teratas sejak dilancarkan lebih setahun yang lalu. Nougat, Marshmallow dan Lollipop kesemuanya menunjukkan penyusutan peratusan berbanding bulan lalu. Pada bulan ini juga semakin banyak peranti Oreo mula menerima Pie. Besar kemungkinan peratusan penggunaan Pie hanya akan melepasi 0.1% pada bulan hadapan.

Komen