Cari @ Amanz

Pelanggan TIME Dilaporkan Mula Menerima Naik-Taraf Kelajuan Internet Sehingga 1Gbps

Oleh Aman

Link Copied!

Sejak daripada bulan lepas, pengguna internet tempatan telah mula menerima naik-taraf pakej mereka – selari dengan inspirasi kerajaan untuk menggandakan kelajuan internet. Telekom Malaysia sebelum ini telah hadir dengan penawaran naik-taraf berperingkat pada kelajuan mencapai sehingga 800Mbps, dan kini nampaknya TIME Internet sekali lagi cuba mendahului mereka.

Melalui laporan awal Lowyat, ia dilihat pengguna TIME telah mula menerima naik-taraf sehingga mencapai 1Gbps. Pengguna pakej 500Mbps sedia ada dilihat dinaik-taraf kepada 1Gbps, sementara 100Mbps kepada 500Mbps dan 300Mbps kepada 800Mbps.

1Gbps

Mengikut desas-desus yang kami dengar sebelum ini, ia dikatakan TIME bakal memperkenalkan pakej 1Gbps mereka pada awal bulan Oktober ini – dan mungkin penaik-tarafan ini dilakukan secara berperingkat sebelum pakej berkenaan diumumkan secara rasminya.

Sama-sama kita nantikan pengumuman lanjut pihak TIME, sekaligus membawa kelajuan internet tempatan setapak lagi kehadapan.


Komen ()