Carian
Intel Memberi Maklum Balas Atas Tuduhan Qualcomm
September 30, 2018 Fahim Zahar

Beberapa hari lepas, Qualcomm menuduh Apple mencuri rahsia cip dan berkongsi kepada Intel. Kini, Intel memberi maklum balas atas tuduhan Qualcomm.

Kenyataan Intel ini dikongsi oleh Naib Presiden Intel – Steve Rodgers. Menurut beliau, tuduhan Qualcomm ini adalah retorik dan pihak Intel akan lawan semula di mahkamah. Menurut Intel lagi, Qualcomn sebelum ini mempunyai 88 kes kalah atas tuduhan pada produk lain.

Hakim persekutuan pula menemui bukti yang kukuh di mana syarikat yang ingin menggunakan produk Qualcomm memerlukan lesen yang berasingan jika inginkan akses kepada cip modem mereka. Skim Qualcomm ini digelar ‘tiada lesen, tiada cip’.

Tindakan Qualcomm ini berkemungkinan besar hanyalah agenda mereka – kerana Apple memilih Intel dan bukannya Qualcomm. Jadi, atas sebab cemburu (mungkin) Qualcomm ingin cuba mencari ‘duit’ (jika menang) dengan membuat tuduhan yang mengarut.

Komen