Carian
#GalaxyNote9 – Lakukan Multi-Tugasan Dengan Pantas Dan Lancar
October 1, 2018 Aman

Samsung Galaxy Note 9 bukan sahaja sekadar membawakan skrin bersaiz besar, tetapi ia turut dilengkapi dengan cip pemprosesan berkuasa dan memori sehingga 8GB RAM. Ini sekaligus bukan sahaja menawarkan kadar kelancaran peranti yang tinggi, malah turut membolehkan pengguna melakukan multi-tugasan dengan mudah melaluinya.

Galaxy Note 9

Dengan Galaxy Note 9, anda boleh membuka dua aplikasi pada waktu yang sama dengan mudah, dan seterusnya melakukan tugasan produktiviti dengan pantas. Sebagai contoh, anda boleh membuka aplikasi emel dan juga pengurusan dokumen – sekaligus melakukan pemindahan atau copy-paste dengan cepat.

Samsung Galaxy Note 9

Melengkapkan peranti ini juga adalah S-Pen yang lebih memudahkan proses pemindahan teks dan dokumen dari satu aplikasi ke aplikasi lain.

Bagi anda yang sering melakukan pelbagai tugasan terus pada peranti mudah-alih, semestinya Galaxy Note 9 adalah pilihan yang sesuai untuk anda. Anda boleh dapatkan telefon pintar ini dengan harga bermula RM3699 di Malaysia.

Ini adalah advertorial daripada Samsung.

Komen