Carian
Oxygen OS Beta Terbuka 4 Hadir Dengan Pembaikan Latensi Sesentuh Untuk OnePlus 6
October 1, 2018 Fahim Zahar

Pada 21 September lepas, OnePlus 6 mula menerima kemaskini Oxygen OS 9.0 berasaskan Android 9.0 Pie. Kini, setelah lebih satu minggu kehadiran kemaskini ini – Oxygen OS beta terbuka kembali sekali lagi.

OnePlus 6 OxygenOS Beta

Oxygen OS Open Beta 4 ini hadir buat OnePlus 6. Ia hadir dengan pembaikan penting iaitu memperbaiki masalah latensi sesentuh. Selain itu aplikasi komuniti OnePlus iaitu forum rasmi mereka, kini digelar sebagai ‘ciri’ di dalam Oxygen OS turut menerima beberapa kemaskini yang baik. Senarai perkara yang dikemaskini adalah seperti berikut;

Sistem

  • Membaiki latensi sesentuh
  • Pengoptimasian penggunaan kuasa dalam mod standby

Komunikasi

  • Pengoptimasian antaramuka aplikasi membuat panggilan telefon
  • Memperbaiki isu menjawab panggilan telefon apabila menggunakan gesture

Komuniti 2.2.0

  • Aplikasi komuniti kini dikira sebagai satu ‘ciri’
  • Feed baru apabila mengikut ahli komuniti
  • Komen yang ‘dilekat’ (stickied) kini dipapar dalam aplikasi
  • Lebih banyak pilihan untuk kongsi bebenang perbincangan
  • Lain-lain pembaikan pepijat dan kemaskini antaramuka

Jika anda berminat untuk cuba, seperti biasa boleh terus muat turun dan flash ROM beta ini pada peranti anda.

Komen