Cari @ Amanz

Google Pixel adalah peranti mercu terbaik yang menjalankan Android asli. Selain itu, siri peranti Pixel turut terkenal dengan hasil kameranya yang terbaik. Kini, Google memperkenalkan pusat membaiki khas atas talian untuk peranti Pixel.

Sebelum ini, jika seseorang pengguna ingin membaiki sebuah peranti Pixel – mereka perlu menghantar peranti mereka yang rosak kepada pusat baiki yang dilantik Google. Pengguna di Amerika Syarikat kini semakin bertuah kerana ‘Repair Center‘ adalah pusat baiki rasmi atas talian dari Google. Langkah yang sangat mudah, pengguna hanya perlu pergi ke pautan khas dan masukkan nombor IMEI dan beberapa pilihan akan dipaparkan. Jika peranti masih dalam waranti dan kerosakan itu bukan kerosakan yang dilakukan oleh pengguna – caj pembaikan adalah percuma.

Manakala, jika sebuah peranti itu rosak seperti skrin pecah atau termasuk air – waranti sudah tidak sah dan pengguna perlu membayar kos baiki. Contoh, skrin rentak Pixel 2 XL harganya adalah $239 (~RM990) dan jika rosak disebabkan air adalah $413 (~RM1711). Setiap permohonan pembaikian, Google akan menghantar sampul khas secara percuma dan masa pembaikian mengambil masa hanya 7-10 hari bekerja.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd