Ini Ialah Sebab Mengapa LG V40 ThinQ Dilengkapi Lima Kamera
LG

Ini Ialah Sebab Mengapa LG V40 ThinQ Dilengkapi Lima Kamera

Diterbitkan pada Okt 1, 2018 oleh .

LG V40 ThinQ disahkan mempunyai lima kamera, dua di hadapan dan tiga pula pada bahagian belakang. Mengapa sistem pancakamera digunakan pada telefon pintar ini akhirnya diketahui selepas imej  promosinya telah ditiriskan oleh Evan Blass (@evleaks).

Pada bahagia belakang kamera dilengkapi lensa bisa, ultra sudut lebar dan telefoto. Kamera bahagian hadapan pula dilengkapi lensa biasa dan lensa sudut lebar untuk mengambil swafoto secara berkumpulan. LG V40 ThinQ ini akan dilengkapi skrin bertakuk dan bakal dilancarkan pada 4 Oktober hadapan.


TIPS & ULASAN