Sebanyak 259 Kes Swafoto Maut Telah Dilaporkan Sejak 2011

Sebanyak 259 Kes Swafoto Maut Telah Dilaporkan Sejak 2011

Diterbitkan pada Okt 1, 2018 oleh .

Kegilaan mengambil gambar dalam situasi yang berbahaya mewujudkan fenomena swafoto maut. Menurut laporan yang dihasilkan oleh Dr. Agam Bansal dari India Institute of Medical Sciences, 259 kes swafoto maut telah dilaporkan dari Oktober 2011 sehingga November 2017.

Chromebook SelfieSebanyak 72.5% mangsa adalah terdiri dari kaum lelaki dan selebihnya adalah kaum wanita. Penyebab kematian utama ialah lemas (70), dilanggar kenderaan (51), terjatuh (48) dan api (48). Mereka yang di dalam kumpulan umur di antara 20-29 tahun mengambil separuh daripada peratusan kematian dengan 36% lagi dari kumpulan umur 10-19 tahun. India pula ialah negara dengan kes tertinggi diikuti oleh Rusia, Amerika Syarikat dan Pakistan. Dr Bansal menyarankan supaya zon larangan swafoto ditambah terutamanya di kawasan berbahaya bagi mengelakkan kejadian maut berulang.

Mengambil gambar swafoto di kawasan berbahaya dilakukan bagi mendapatkan jumlah like yang tinggi di platform media sosial. Apabila kecelakaan berlaku, gambar serta video terakhir yang diambil kerap tular di media sosial tetapi nampaknya masih gagal menimbulkan keinsafan.


TIPS & ULASAN