Xiaomi Melancarkan Jam Mekanikal Dari TwentySeventeen
Artikel Berkaitan

Xiaomi Melancarkan Jam Mekanikal Dari TwentySeventeen

Diterbitkan pada Okt 1, 2018 oleh .

Tahun ini, kita telah melihat dua jam bukan pintar yang Xiaomi lancarkan iaitu jam tangan mekanikal Ciga Design dan jam hibrid Mijia Quartz. Terkini, sekali lagi Xiaomi melancarkan jam tangan biasa dengan kerjasama TwentySeventeen.

Jam tangan kali ini adalah jenis mekanikal dan ia memfokuskan kepada rekaan nipis dan jisim yang ringan. Jam tangan mekanikal ini hadir tanpa bateri dan boleh berfungsi selama-lamanya. Ia menggunakan pergerakan kinetik dan jika jam ini mati hanya perlu putar butang laras untuk menghidupkannya kembali. Kaca pada muka jam ini menggunakan nilam dan mempunyai lapisan yang melindung dari kotoran cap jari serta menjadikan jam ini kukuh dan tahan lasak.

Kemudian, tali jam ini adalah daripada kulit lembu yang tidak akan terhakis dek kerana peluh. Jam ini juga menyokong 5ATM kalis air dan mempunyai pilihan tali jam coklat dengan muka jam putih dan tali hitam dengan muka jam hitam. Harga pula dijual hanya RMB499 (~RM301).


TIPS & ULASAN