Cari @ Amanz

Kerajaan sebelum ini telah mengatakan yang mana syarikat telekomunikasi diberikan sehingga 30 September untuk menghantar cadangan pakej internet baru kepada pihak SKMM – dalam usaha menjadikan harga internet lebih rendah, disamping menawarkan kelajuan lebih tinggi.

Kini, dengan selesainya tempoh masa yang diberikan, kerajaan dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi melalui SKMM secara rasminya esok.

Buat masa ini, pelbagai syarikat telekomunikasi telah mengurangkan harga penawaran pakej mereka – dimana pakej 100Mbps kini boleh didapati pada harga kurang RM130 daripada Telekom Malaysia, Maxis dan juga Celcom.

Malah, selain daripada itu, TIME juga telah memulakan proses naik-taraf pakej kelajuan internet sehingga 1Gbps, sekaligus membawa kelajuan internet Malaysia setapak lagi ke hadapan.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan perkongsian lanjut pihak SKMM secara rasminya esok berkaitan dengan hal ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd