Cari @ Amanz

Memandu adalah lebih seronok dengan iringan muzik terutamanya ketika perjalanan jauh. Sebagai pemandu di Kuala Lumpur, aplikasi GPS kerap kami gunakan bagi membantu mengelak kesesakan jalan raya. Bagi pengguna tegar Google Maps, kini anda dengan mudah boleh menstrim muzik kegemaran kerana Spotify kini boleh dimainkan terus dari aplikasi pemetaan ini.

Pemain muzik Spotify boleh dikawal terus dari Google Maps. Ini mengikut jejak langkah Waze yang memberikan fungsi yang sama sejak Mac tahun lalu. Apabila aplikasi Google Maps dilancarkan, ikon Spotify akan terpapar di atas skrin. Sokongan integrasi Spotify di dalam Google Maps ini boleh digunakan pada peranti Android dan iOS bermula hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd