Carian
OnePlus Mengacah OnePlus 6T – Memperlihatkan Lokasi Baru Pembesar Suara Hadapan
October 1, 2018 Fahim Zahar

OnePlus 6T adalah pengganti kepada OnePlus 6. Ia dikatakan akan dilancarkan pada 17 Oktober kelak. Kini, kehangatan OnePlus 6T semakin membara dan OnePlus kerap mengacah peranti ini di Twitter rasmi mereka.

Kicauan terbaru OnePlus memperlihatkan lokasi baru pembesar suara hadapan. Jika mengikut imej pengolokan sebelum ini, OnePlus 6T mirip Oppo R17 – menggunakan rekaan takuk kecil yang dikenali sebagai ‘water drop notch’. Jadi disebabkan takuk yang kecil dan ingin menipiskan lagi ‘dahi’ peranti, pembesar suara hadapan harus direka semula. Lokasi di bahagian atas ini mirip Essential Phone PH-1.

Jika pembaca adalah peminat OnePlus, pasti gambar-gambar acah yang OnePlus kerap kicau membuat anda teruja. Sama-sama kita nantikan.

Komen