Cari @ Amanz

HP sedia mempunyai sejumlah penawaran komputer riba premium dibawah mereka, dan hari ini mereka turut memperkenalkan sebuah komputer riba baru dibawah keluarga HP Spectre, iaitu HP Spectre Folio.

HP Spectre Folio bukan seperti pelbagai komputer riba dipasaran yang hadir dengan rekaan berasaskan logam atau plastik, sebaliknya ia menggunakan rekaan yang dilengkapi kulit – sekaligus memberikan pengalaman lebih premium dan eksotik berbanding komputer riba lain.

HP Spectre Folio

HP Spectre Folio menggunakan skrin 13.3-inci FHD, dijana cip Intel Core i7, memori 8GB RAM, storan 256GB SSD, dan dilengkapi masa penggunaan bateri sehingga 18 jam lamanya.

Komputer riba ini hadir dengan rekaan 2-dalam-1, dimana pengguna boleh menggunakannya sebagai tablet atau sebagai komputer riba. HP menggunakan rekaan berasaskan kulit pada bahagian belakang, dan bahagian meletakkan tangan – sekaligus membawa sedikit kelainan berbanding pelbagai peranti dipasaran hari ini.

HP Spectre Folio

HP Spectre Folio

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi berkenaan ketahanan yang dibawakan oleh penggunaan kulit sebagai alternatif ini. Sebelum ini, beberapa peranti mudah-alih telah menggunakannya pada bahagian kerangka, namun ia sedikit rosak dan cepat pudar selepas digunakan untuk seketika. Ia tidak diketahui sama ada HP telah mengatasi masalah berkenaan atau sebaliknya.

HP hanya mengumumkannya di Amerika Syarikat sahaja buat masa ini, dan mungkin kita mendengarnya untuk pasaran tempatan tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd