Google Project Stream Membolehkan Permainan Video Terkini Dimainkan Di Dalam Chrome

Google Project Stream Membolehkan Permainan Video Terkini Dimainkan Di Dalam Chrome

Diterbitkan pada Okt 2, 2018 oleh .

Penstriman video dan muzik kini sudah menjadi lumrah kehidupan seharian. Jarang sekali melihat cakera padat di dalam kereta atau DVD di ruang tamu rumah moden kerana kepopularan perkhidmatan seperti Spotify serta iFlix. Perbatasan seterusnya ialah menstrim permainan video yang sehingga kini masih belum digunakan secara meluas.

Memandangkan ia mungkin masa depan permainan video, Google telah mengumumkan Project Stream. Menerusi Project Stream, permainan video boleh dimainkan dengan menstrim menerusi pelayar Chrome. Pengguna tidak perlu memiliki konsol ataupun PC berkuasa tinggi untuk memainkan permainan terkini pada tetapan grafik 1080P 60FPS.

Google bekerjasama dengan Ubisoft untuk memulakan ujian dengan menstrim permainan terkini Assassin’s Creed Odyssey. Mereka kini sedang mencari calon yang layak di Amerika Syarikat untuk menguji Project Stream. Untuk melayakkan diri pemohon perlu berusia 17 tahun ke atas dan mempunyai sambungan Internet 25 Mbps.

Project Stream ialah sebuah lagi perkhidmatan penstriman permainan video yang cuba mengubah landskap industri. Sebelum ini PlayStation Now dan GeForce Now telah diumumkan tetapi masih belum ditawarkan secara global.


TIPS & ULASAN