Cari @ Amanz

OnePlus sedia menjadualkan pengenalan telefon pintar baru mereka pada bulan Oktober ini, dan kini lanjutan daripada beberapa info tertiris sebelum ini, hari ini gambar penuh peranti berkenaan telah pun hadir ke arena web, dikongsikan oleh WinFuture. Secara kasar, rekaan peranti ini dilihat lebih kurang menyerupai rekaan Oppo R17 yang telah dilancarkan beberapa bulan lepas.

OnePlus 6T

OnePlus 6T dijangka menyertakan sokongan pengimbas cap jari pada skrin, selain turut dilengkapi rekaan takuk bersaiz kecil. OnePlus juga turut membuang sokongan bicu audio 3.5mm pada telefon pintar ini. Disamping itu, pada bahagian belakang, dwi-kamera disertakan, selain mungkin dijana cip pemprosesan Snapdragon 845 dan sistem operasi Android 9.0 Pie.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan tarikh 17 Oktober ini untuk melihat pengenalan rasmi peranti OnePlus 6T ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd