Cari @ Amanz

HMD Global agak aktif dalam pengenalan telefon pintar baru sepanjang tahun ini. Malah, sejak beberapa bulan lepas, desas-desus mengenai peranti dinamakan Nokia 9 telah kedengaran.

Kini, ia turut diperkatakan yang mana peranti Nokia 9 akan datang ini mungkin menggunakan nama pemasaran akhir sebagai Nokia 9 PureView.

Hal ini sekaligus memperlihatkan ia bukan sahaja akan hadir dengan spesifikasi yang tinggi, tetapi turut menawarkan penggunaan kamera yang berkuasa. Sebelum ini, Nokia menggunakan nama PureView pada telefon pintar dengan sokongan sensor kamera sehingga melangkaui 40-megapixel.

HMD Global mungkin hanya memperkenalkan telefon pintar Nokia 9 PureView ini pada tahun hadapan.

Untuk makluman, sebelum ini, Nokia turut pernah hadir dengan telefon pintar bernama Nokia 9, tetapi ia adalah variasi yang menggunakan sistem operasi Meego.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd