Carian
Microsoft Akan Hadir Dengan Variasi Surface Berwarna Hitam
October 2, 2018 Fahim Zahar

Warna hitam pada sesebuah gajet tampak menarik elegan dan kemas. Untuk Microsoft, kali terakhir mereka perkenalkan siri Surface dengan warna hitam adalah Surface RT. Kini, mereka akan kembali hadir dengan siri Surface berwarna hitam.

Informasi ini diketahui apabila jemputan untuk acara pelancaran Microsfoft Surface baharu berjudul ‘Back To Black‘. Antara produk yang akan dilancarkan adalah Microsoft Surface Pro 6 dan Microsoft Surface Laptop 2. Microsoft Surface Pro 6 sebelum ini telah pun tertiris dan ia masih tiada USB-C, jadi harapnya Surface Laptop 2 Microsoft akan sertakannya.

Apa-apa pun sama-sama kita nantikan pelancaran produk Surface baru minggu ini.

Komen