Berkas CPU Intel Core i9 Generasi Kesembilan Tertiris – Hadir Dengan Rekabentuk 12 Sisi Dodecahedron

Berkas CPU Intel Core i9 Generasi Kesembilan Tertiris – Hadir Dengan Rekabentuk 12 Sisi Dodecahedron

Diterbitkan pada Okt 2, 2018 oleh .

Intel nampaknya tidak mahu kalah kepada AMD, merujuk kepada rekaan berkas CPU AMD Threadripper mereka, yang kelihatan berbeza daripada kotak CPU mereka yang lain,

Dengan pelancaran siri CPU Intel generasi kesembilan, yang dikatakan dipanggil “Coffee Lake Refresh” yang dibina menggunakan proses 14nm++, Apa yang menariknya disini ialah berkas untuk siri CPU Intel Core i9 baru sahaja tertiris, dan ia hadir dengan rekaan yang cukup menarik.

Berkas tersebut mempunyai rekaan dodecahedron, iaitu sebuah bentuk yang mempunyai 12 sisi dengan rekaan pentagon.

Rekaan tersebut tertiris melalui penyenaraian penjualan produk di Amazon, dimana CPU tersebut dikatakan sebuah CPU 8 teras dengan 16 bebenang kuasa, dimana hanya satu model sahaja hadir dengan butiran tersebut, iaitu Intel Core i9-9900K.

Buat masa ini, isi berkas ini masih tidak diketahui lagi, tetapi terdapat kebarangkalian besar bahawa ia hanya akan mengandungi CPU Core i9 tersebut sahaja, dan tidak akan hadir dengan penyejuk CPU, sama seperti CPU Intel siri K yang boleh dilewahjam, kerana pengguna CPU tersebut biasanya akan hadir dengan penyejuk mereka sendiri.

Tanda harga CPU tersebut turut diperlihatkan pada $582.50 (RM2408), tetapi buat masa ini, tarikh jualan CPU tersebut masih belum diketahui lagi.


TIPS & ULASAN