Google Menyembunyikan Permainan Berasaskan Teks Dalam Enijn Carian Mereka

Google Menyembunyikan Permainan Berasaskan Teks Dalam Enijn Carian Mereka

Diterbitkan pada Okt 2, 2018 oleh .

Permainan berasaskan teks mula popular pada zaman 1970. Sempena ulang tahun Google yang ke-20, mereka turut mempunyai permainan berasaskan teks yang disembunyikan di dalam enjin carian Google.

Buat carian ‘classic text adventure games’ di Google dan tekan kanan pada tetikus dan pilih ‘inspect’ untuk paparkan kod-kod elemen laman tersebut. Di bahagian ‘console’ akan terdapat satu permainan berasaskan teks dari Google. Misi permainan ini adalah untuk mencari OOGLE yang hilang, kerana pada mula permainan hanya huruf G pertama sahaja yang muncul. Berikut adalah kod permainan tersebut;

Would you like to play a game? (yes/no)

yes
“yes”
Type single word commands, no need to describe the subject. For example, “grab banana peel” should just be “grab” or “use banana peel” should just be “use”

Commands: north, south, east, west, up, down, grab, why, inventory, use, help, exits, map, and friends.

Jadi, dengan menggunakan kawalan seperti yang tertera dalam ‘commands’, pemain akan menggerakkan logo G dan bergerak ke sekeliling kampus Google mencari OOGLE.

Terdapat juga halangan dan cabaran yang menarik. Atas percubaan ia agak menarik dan mengambil perhatian. Tetapi, bagi saya ia mengambil masa yang banyak untuk baca dengan teliti.


TIPS & ULASAN