Google Smart TV Kit Tertiris – Set Google Home Mini Dan Chromecast Generasi Ketiga

Google Smart TV Kit Tertiris – Set Google Home Mini Dan Chromecast Generasi Ketiga

Diterbitkan pada Okt 2, 2018 oleh .

Baru semalam mula kelihatan Google Chromecast generasi ketiga sudah dijual lebih awal dari tarikh pelancaran. Ia hadir dengan rekaan yang lebih kemas dan warna hitam pusam yang nampak elegan. Kini, Google Smart TV Kit pula kelihatan. Ia adalah set gabungan Google Home Mini dan Chromecast generasi ketiga.

Dengan adanya kit ini, pengguna dengan mudah menukar televisyen ‘dungu’ mereka kepada televisyen pintar. Pengguna boleh menggunakan Google Home Mini untuk membuat arahan suara melalui Google Assistant dan menggunakan Chromecast untuk cast kandungan dari peranti pintar terus ke televisyen.

Malahan, menjadikan kit ini antara yang terbaik adalah – Google Home Mini ini turut boleh digunakan untuk mengawal aksesori rumah pintar lain selain daripada arahan kandungan media. Kita mungkin akan ketahui harga dan maklumat lain pada minggu hadapan, sama-sama kita nantikan.


TIPS & ULASAN