Microsoft Surface Pro 6 Diperkenalkan Dengan Rekaan Berwarna Hitam

Microsoft Surface Pro 6 Diperkenalkan Dengan Rekaan Berwarna Hitam

Diterbitkan pada Okt 3, 2018 oleh .

Microsoft hari ini telah memperkenalkan komputer dua-dalam-satu terbaru mereka dibawah keluarga Surface Pro, iaitu Surface Pro 6.

Surface Pro 6 membawakan penambah-baikkan berbanding generasi sebelum ini, dan ia kini kembali hadir dengan rekaan berwarna hitam – lebih kurang sama seperti yang terdapat pada Surface Pro generasi pertama.

Surface Pro 6

Microsoft Surface Pro 6 mengekalkan skrin bersaiz 12.3-inci, hadir dengan cip pemprosesan Intel Core generasi ke-8 yang terkini, selain pilihan memori sehingga 16GB RAM. Microsoft turut mengatakan ia menawarkan sokongan ketahanan bateri sehingga 13.5-jam lamanya.

Seperti biasa, pengguna perlu membeli papan kekunci Surface Pro 6 secara berasingan, atau menggunakannya sebagai sebuah tablet. Peranti hibrid ini masih tidak mempunyai sokongan USB-C – salah satu ciri yang terdapat pada pelbagai peranti baru masa kini.

Microsoft akan mula menawarkan Surface Pro 6 di Amerika Syarikat bermula bulan ini. Masih tiada berita penawaran peranti ini untuk pasaran tempatan buat masa ini.


TIPS & ULASAN