OnePlus 6T Masih Tidak Menyokong Pengecasan Nirwayar

OnePlus 6T Masih Tidak Menyokong Pengecasan Nirwayar

Diterbitkan pada Okt 3, 2018 oleh .

Dengan OnePlus 6T, OnePlus akhirnya menerjah ke dalam arena penghasilan telefon pintar tanpa bicu audio. Ini dilakukan bagi menambah kapasiti bateri dan meletakkan sistem pengimbas cap jari dalam skrin pada model terkini menurut Peter Lau di dalam temuramah bersama CNET.

OnePlus 6TBeliau turut mendedahkan OnePlus 6T masih tidak menyokong pengecasan nirwayar. Ini ialah antara fungsi yang tidak disertakan sebelum ini kerana dikatakan tidak diperlukan peminat peranti mereka kerana Dash Charging jauh lebih pantas. Tetapi beliau tidak menolak ia akan disertakan pada peranti di masa hadapan apabila teknologi ini lebih matang dan mengecas lebih pantas dari kelajuan semasa.

Tambah beliau lagi keputusan membuang bicu audio adalah yang paling sukar dilakukan beliau tetapi perlu bagi memperkenalkan fungsi baru kepada pengguna.


TIPS & ULASAN