Cari @ Amanz

Bersama-sama pengenalan pelbagai produk baru, hari ini Microsoft turut mengumumkan yang mana kemaskini Windows 10 terbaru, iaitu Windows 10 October 2018 Update telah boleh dimuat-turun bermula hari ini. Seperti biasa, kemaskini ini diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna seluruh dunia – dan mungkin mengambil masa beberapa hari sebelum anda menerimanya secara automatik pada peranti anda.

Melalui Windows 10 October 2018 Update ini, ia mengintegrasikan penggunaan pembelajaran mesin dalam menawarkan pengalaman naik-taraf lebih baik – selain untuk anti-malware dan sebagainya.

Kemaskini terbaru juga turut membawakan sokongan aplikasi “Your Phone”- yang mana membolehkan anda menghantar SMS dari PC melalui telefon Android, selain turut menyemak notifikasi dengan mudah. Disamping itu, Windows 10 File Explorer kini turut hadir dengan pilihan warna tema gelap.

Bagi anda yang inginkan kemaskini baru ini hari ini, anda boleh melakukan kemaskini serta-merta secara manual dengan ke laman tetapan, dan membuat “Check for Updates” hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd